Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang Beriman. (Surah Al-Israa' 82)
1. Rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Itu yang kita selalu dambakan. Hakikatnya bukan harta yang banyak, pangkat yang tinggi, wajah yang cantik, dan apa-apa lagi kelebihan lain yang menghasilkan rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Benar, walaupun ia punya kesan, tapi tidak lama dan tidak sesekali sama. Bahkan ia mengundang rasa tidak selesa, sentiasa tidak puas dan cukup. Rasa kosong, seolah umpama merasa nikmat ketika makan dan lalu membuang air. Begitulah hakikat waktu ke waktu seterusnya.
2. Demikian bila segalanya tidak dikaitkan dengan Allah swt. Tidak diserahkan kepada Tuhan yang menciptakan dan telah menganugerahkan berbagai nikmat kepada kita. Perasaan sedih, gembira, tenang, dan resah. Segalanya dari Allah swt. Allah swt menghendaki perasaan ini berputik dalam hati kita, maka berputiklah ia. Mengikut ketentuan dan hikmah dari Allah swt. Kita buat baik, hati rasa gembira, tanda redha Allah. Kita buat dosa, hati rasa gembira, tanda murka Allah. Kita buat baik, hati rasa sedih, itu ujian Allah. Kita buat dosa, hati rasa sedih, itu kasihnya Allah.
3. Kadang kita melihat mereka yang susah dan bersederhana hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan kegembiraan dan ketenangan yang dikecapinya. Begitulah kita melihat mereka yang kaya dan serba mencukupi hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan keperitan dan gangguan yang dilaluinya. Keadaan ini sudah memadai untuk direnungi. Bahagia dan derita itu dari Allah.
4. Ia datang dari Allah, maka dari Allah kita perlu panjatkan. Semua perkara datangnya dari Allah. Nabi saw diuji dengan kesedihan. Allah swt mengembirakan. Beruntunglah mereka yang menyerahkan segala jiwanya kepada Allah. Yang meyakini semutlaknya ketetapan Allah. Demikian perintah Allah, kita jaga sebaiknya. Kita buat yang disuka dan usaha jauh yang dilarang.
5. Kitab Al-Quran, kitab Allah. Milik, dari Allah swt. Dengan sering membaca dan menghayatinya juga. Mampu meleraikan segala keresahan, kesakitan dan kebencian dari hati kita. Sebelum ini hati kita sering bila tertekan, gelisah, dan rasa serabut. Lalu kita berusaha mencari jalan untuk menyembuhkannya. Jalan itu kadang pasti dengan kelalaian dan menjurus kepada jalan dosa. Al-Quran adalah ubatnya. Mungkin agak sukar dan tiada juga kesan. Namun ia bilamana hati sentiasa sudah dibersihkan dengan taubat dan amal soleh, tiada kejahatan lain, dan dihambakan diri sepenuhnya pada Allah. InsyaAllah, rutin membiasakan bacaan dan menghayati Al-Quran wujud kesannya. Kita akan sentiasa dapati bilamana waktu hadirnya masaalah, tekanan, kita terus ingat untuk membacanya, terus ingat kerana aku belum membacanya. Ia hanya dengan sering baca dan hayatinya, inilah kitab Mukjizat. Firman Allah swt:
(iaitu) orang-orang yang Beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd 28)
Gementar kerananya (Al-Quran) kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. (Az-Zumar 23)
Sesungguhnya orang-orang yang Beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), (kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir.
6. Adapun segalanya hanyalah sementara, kita semua sedang dalam perjalanan. Perjalanan ini padat dengan berbagai ujian. Kelak di syurga, itulah nikmat yang ditunggu-tunggu. Itulah kemuncak kegembiraan, kebahagian dan ketenangan. Kejayaan yang sebenar-benarnya. Tiada lagi rasa perit, letih dan derita. Dunia ini tempat dan waktu beramal. Akhirat pula tempat dan waktu dibalas. Marilah kita terus bersabar. Janji Allah itu benar. Firman Allah swt:
Dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yaasiin 11)
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang Beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. (Al-Baqarah 25)
Sabda Nabi saw: Tidaklah seorang muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya. (Hr Bukhari)
"Sesungguhnya Allah bila mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan memberikan cobaan kepada mereka". (Hr at-Tirmidzi, hadis hasan gharib)
7. Al-Quran, disebalik mampu menceriakan dan menyegarkan hidup. Bacaanya tidaklah sia-sia, besar ganjarannya. Sabda Nabi saw:
Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya. (Hr Muslim)
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya. (Hr Bukhari)
Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Tidaklah aku maksudkan Aliflammim satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. (Hr at-Tirmidzi, hadis hasan sahih gharib)
8. Demikian juga, dengan melazimi membacanya, dengan istiqomah sepanjang hari hidup kita. Ia dapat menguatkan hubungan kita dengan Allah swt. Kita berharap, mudahan agar selamat dan jauh dari golongan hamba-hambaNya yang lalai dan leka dengan kenikmatan dunia ini.
9. Akhirnya. Marilah kita cari redha Allah, itu sumber kebahagian dan ketenangan. Bila Allah redha dan suka. Perintah Allah sentiasa dijaga dan dipelihara. Kebahagiaan dan ketenangan mudah diraih dan dicapai. "Ada orang kita nampak hidupnya sederhana dan susah, tapi tenang dan dilihat sentiasa merasa cukup dan selesa. Dan ada orang kita nampak hidupnya sederhana dan susah dalam keadaan sentiasa rasa tak cukup dan tak tenang dan bila kaya juga sering rasa tak cukup dan tak tenang, gembira. Inilah pentingnya keberkatan rezeki. Redha Allah. Berkat rezeki akan berkat hidup. Amatlah nikmat dan beruntung mereka yang merasai hal ini".
"Nikmat yang cukup berharga dan besar. Iaitu Iman dan Islam. Yang menyerahkan dirinya, yang membenarkan hatinya. Beruntunglah dan beruntungnya mereka yang dapat dan mampu beroleh mengecapinya"
Akhiranya, sama-sama sentiasa mengingati pesan Nabi saw ini: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa". (Hr Bukhari dan Muslim)
Dan tidak lupa untuk melazimi Doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kedekut, pengecut, lilitan hutang dan dikuasai oleh orang lain (penindasan orang). (Hr Bukhari)
http://sawadhanas.blogspot.com/2012/05/penawar-untuk-tenang-gembirakan-hati.html
Tidak ada komentar :
Posting Komentar